ALOR SETAR: Lima anggota penguat kuasa dari agensi penguatkuasaan direman selama enam hari kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan terhadap bot-bot nelayan yang melanggar undang-undang di negeri ini.
Kesemua mereka merupakan antara 11 individu berusia antara 30-an dan 50-an ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan itu yang didakwa berlaku antara 2018 hingga 2021.
Perintah tahanan reman terhadap kesemua mereka dikeluarkan Majistret, Siti Norhidayah Mohd Noor di lokap Mahkamah Alor Setar, hari ini.
Kelima-lima suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi dengan diiringi pegawai SPRM dari Ibu Pejabat, sebelum dibawa keluar 20 minit kemudian dengan memakai baju lokap SPRM.
Pada Isnin, SPRM menahan 11 individu termasuk sembilan anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot serta 'runner' sebagai balasan untuk melindungi serta tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bot-bot nelayan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.
Kesemua mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah dekat sini antara pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari semalam.
Difahamkan, mereka yang terlibat menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi masing-masing bernilai antara RM300 hingga RM7,000.
Sembilan anggota penguatkuasa tersebut berkhidmat di Kuala Kedah, Batu Uban dan Langkawi manakala dua lagi orang awam, ditahan kerana disyaki memberikan wang rasuah.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Enam lagi individu yang ditahan semalam, dilepaskan atas jaminan SPRM selepas keterangan mereka diambil.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Sep 12 2023
Perintah tahanan reman terhadap kesemua mereka dikeluarkan Majistret, Siti Norhidayah Mohd Noor di lokap Mahkamah Alor Setar, hari ini. - Foto Astro AWANI
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
3 anggota penguat kuasa ditahan minta rasuah daripada pemandu lori
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Johor sekitar jam 7 malam.
JAS perlu tambahan 3,000 penguat kuasa untuk tingkat pemantauan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) memerlukan tambahan 3,000 anggota penguat kuasa berbanding 1,100 penguat kuasa sedia ada.
Sembilan individu direman bantu siasatan ubah status kenderaan perdagangan
SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Ipoh, Putrajaya, Johor Bahru dan Kota Kinabalu pagi Selasa.
Lima anggota penguat kuasa antara 10 ditahan minta, terima rasuah
Kesemua mereka ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah hingga RM1,000 bagi meminda butiran spesifikasi enjin kenderaan perdagangan.
SPRM tahan penguat kuasa minta habuan seks
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang anggota sebuah agensi penguat kuasa di negeri ini kerana disyaki meminta habuan dalam bentuk seks.
SPRM tahan tiga individu termasuk anggota penguat kuasa minta rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk dua anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta rasuah kira-kira RM1,500.
Lesen tamat tempoh, tiada insurans punca motosikal pekerja p-hailing disita - JPJ
Ia juga dilakukan bertujuan menjaga keselamatan penunggang tersebut dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.
Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari
Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.
Anggota penguat kuasa ditahan terima rasuah RM3,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000.
SPRM tahan tiga anggota penguat kuasa disyaki terima rasuah
SPRM Kuala Lumpur menahan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM800 daripada seorang pemandu lori.